KURUS SECARA SIHAT
Ramai di antara kita yang ingin tubuh badan yang cantik ataupun kurus. Terutamanya golongan wanita. Kurus tu cantik ke?? Sememangnya kita harus mengawal berat badan kita daripada menjadi berlebihan berat badan atau obesity. Berat badan yang ideal dapat mengawal daripada mendapat penyakit kronik seperti tekananan darah tinggi dan kencing manis. Namun ramai yang ingin kurus bukannya untuk menjaga kesihatan tetapi lebih kepada untuk kepuasan diri sendiri iaitu untuk kelihatan menarik. Walhal, pelbagai cara mudah diambil untuk mendapatkan berat badan yang diingini seperti mengambil pil kurus, diet yang ekstrem, senaman melampau dan sebagainya. Cara penurunan berat yang cepat ataupun "crash diet" tidak bagus untuk kesihatan. Selain itu, selepas berhenti melakukan rutin tersebut berat badan akan naik berkali ganda.
Proses penurunan berat badan memerlukan kesabaran dan masa yang agak lama. Kurus secara sihat lebih menumpukan kepada gaya hidup sihat berbanding diet ektrem ataupun pengambilan suplemen. Penurunan berat badan sebanyak 0.5-1 kg seminggu sudah cukup. Ini dapat dicapai dengan pengurangan sebanyak 500-1000 kcals dari diet harian berdasarkan keperluan badan. Diet hendaklah menfokuskan kepada pilihan makanan sihat seperti produk tenusu rendak lemak, buah-buahan dan sayuran, bijirin penuh dan kekacang. Cara yang terbaik ialah mengambil makanan mengikut waktu makan dan dalam kuantiti yang ditetapkan. Diet perlulah seimbang, pelbagai dan bersederhana. Anda boleh berjumpa Dietitian untuk mengetahui kalori yang perlu diambil dalam sehari beserta menu makan. Pemilihan makanan yang sihat merupakan langkah yang paling bijak untuk diet yang seimbang. Badan akan mendapat nutrient sepenuhnya daripada pemakanan yang seimbang. Walhal,kaedah seperti berpuasa untuk diet tidak bagus kerana penyekatan kalori menyebabkan badan tidak mendapat nutrient secukupnya.
Selain makan secara sihat, senaman adalah cara yang terbaik untuk membakar kalori. Mulakan senaman dengan intensiti rendah untuk menyesuaikan diri seperti berjalan laju, jogging dan turun naik tangga. Senaman selama 120 minit seminggu amat disarankan untuk mengurangkan berat sebayak 0.5-1kg seminggu.
Semoga berjaya. Positifkan diri, dan bersabar. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment