Wednesday 9 November 2016

#SukuSukuSeparuh

Peliknya tajuk sukusukuseparuh!!!

KKM ada melanjarkan pertandingan Selfie/Wefie untuk #pinggansihatmalaysia. Mana-mana yang berminat boleh la layari website KKM atau cari jea kat Facebook Page KKM.

Apa yang penting bukan pertandingan semata-mata. Apa yang ingin diterapkan ialah amalan pemakanan sihat dan seimbang melalui pinggan sihat(healthy plate).

Suku daripada pinggan kita hendaklah mengandungi sumber protein seperti, ikan, ayam, daging atau kekacang. Anda disarankan makan ikan sekurang-kurang 3 kali seminggu.

Suku daripada lagi hendaklah mengandungi sumber karbohidrat seperti nasi, mee, roti, bijirin dan ubian. Anda digalakkan mengambil sumber karbohidrat yang bijirin penuh tau wholemeal.

Separuh daripada pinggan pula terdiri daripada sayur-sayurandan buah-buahan. Bagi pesakit kencing manis disarankan mengambil hanya 2 hidangan buah setiap hari. Sayur-sayuran yang pelbagai warna dan bentuk amat digalakkan.

Jom makan secara sihat. Makan ikut pinggan sihat,

No comments:

Post a Comment