Thursday 5 January 2017

Hiperlipidemia

Hiperlipidemia ialah keadaan dimana anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi atau lemak jahat (TG) dalam darah. Tahap kolesterol boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian darah. Hiperlipidemia boleh menyebabkan penyakit jantung seperti arteriosklerosis iaitu penyempitan saluran darah. Hiperlipidemia boleh dielakkan dengan diet sihat dan aktiviti fizikal. Terdapat ubat yang akan disarankan oleh doktor untuk menurunkan kadar kolesterol namun ianya tidak dapat menandingi kepentingan gaya hidup yang sihat.

Andakah berisiko??

1. Mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
2. Kurang aktif
3. Keturunan
4. Alkohol
5. Pengambilan lemak tepu berlebihan

5 langkah menurunkan jumlah lemak dalam badan

1. Kurangkan berat badan
2. Tingkatkan pengambilan serat
3. Pilih lemak yang sihat
4. Pilih sumber protein yang sihat
5. Lakukan senaman berkala


No comments:

Post a Comment