Tuesday, 19 September 2017

Tomyam ayam simple


Bahan-bahan:
1/2 ayam dipotong kecil
1 batang carrot dipotong
2 biji bawang besar yang telah dihiris
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 biji cili api
2 batang serai yang telah diketuk
2 helai limau purut
1/2 bii limau nipis/kasturi
1 kiub perencah tomyam
3 cawan air
garam
Minyak untuk menumis
Sayur ikut pilihan; bunga kobis, kobis etc.
Cara-cara:
Panaskan 2 sudu besar minyak. Tumiskan bawang putih,merah dan serai hingga perang dan berbau wangi. Masukkan ayam dan kacau hingga separuh masak.
Masukkan air sehingga mendidih dan masukkan daun limau dan bawang besar. 
Masukkan perencah tomyam dan perahkan limau dan masukkan cili api.
Masukkan sayur yang telah dipotong. Masukkan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih sehingga masak sepenuhnya.

Cadangan 1 hidangan lengkap tomyam ayam untuk makan tengah hari/malam

1. 2 senduk nasi
2. 1 cawan/senduk sayur dari tomyam 
3. 1/2 cawan ayam(1 ketul dada ayam)
4. 1 biji epal/oren
5. 1 gelas air suam